Tuesday, February 17, 2009

Tazkirah RINGKAS:IKHLAS {Satu.}

Amalan ketaatan yang dilakukan oleh setiap manusia mempunyai dua kemungkinan...sama ada ikhlas atau tidak ikhlas....


IKLAS : :seseorang yg melakukan amalan ikhlas boleh dilihat melalui para sahabat pada zaman junjungan mulia kte umat Islam RASULLUAH S.A.W dimane mereka melakukan setiap pekerjaan dgan ikhlas tanpe mengharapkan balasan atau sanjungan walaupun sedikit daripada manusia.Seperti yang kte dapat lihat Khalid al-walid,walaupun beliau seorang panglima perang tetapi beliau memberi kesemua harta rampasan perang tersebut kepada Baitulmal..dan beliau bekerja dgan menganyam rumput sahaja...daripada hasil tersebut beliau bahaikan kepada 3...1.peruntukan untuk makan minum diri dan keluarga. 2. dijadikan modal perniagaan..3 fakir miskin....


X IkHLAS : amalan yg mengharapkan sanjungan n balasan daripada manusia len adalah amalan yang diketegorikan sebagai amalan x ikhlas.contoh...pembinaan masjid kristal yg hanya mengiginkan sanjungan drpd rakyat semata-mata...hehehehe..ini contoh sahaja...hakikatnye...same2la kte fikirkan..

Sebagai seorang hamba,same2lah kte menjadi hamba yang senantiasa ikhlas dalam melakukan setiap perbuatan dalam khdupan harian kite...agar kte ditempatkan dalam kalangan orang2 yg beriman.

Monday, February 16, 2009

PENGAJAN HADIS

Junjugan besar NABI Muhammad S.AW ada bersabda,
"Harta yang ada di tangan manusia ibarat sebuah peti besi.Dan setiap peti besi itu ada kuncinya.Nyata bahagia bagi setiap manusia yang diberikan kunci untuk melakukan kebajikan dan ditutupi pintu kejahatan.Nyata celaka bagi manusia yang diberikan kunci kejahatan dan ditutupi pintu kebajikan."
Pengajaran:
PERTAMA: Setiap manusia akan diberi ujian sama ada ingin hidup kearah kebaikan atau kearah keburukan,jadi....sama2lah kita memilih kejalan kebaikan untuk bahagia di akhirat.
KEDUA: setiap manusia akan ditanya akan kemana harta yang digunakan di akhirat kelak.
Adakah kita ingin menjawap dengan sang pencipta jawapan yang membawa kepada kita ke neraka? sama2 kita renung....
KETIGA: pangkat dan harta yang kita ada hanyalah sebagai ujian untuk menuju keakhirat
kelak.Sebab itu manusia seperti SALMAN AL-FARISI walaupun pada awalnya seorang hamba
yang tidak diberikan kebebasan oleh tuannya untuk mengikuti perang BADAR dan perang UHUD kemudian apabila dimerdekakan dan memeluk agama islam menjadi seorang gabenor namun, tidak memandang kesemua harta tersebut.DIMANA PEMIMPIN ISLAM KETIKA
UMAT ISLAM DI GAZA INGINKAN BANTUAN? Mana dia ISLAM HADHARI yang diagung agungkan?sama2lah kita renungkan.........

hot!!!

"Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup. Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan. Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan
seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur'an sebelum
terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata
membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid
terutama di waktu shubuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana
kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan
kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus
kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib,
"Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia
sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh
Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur,
maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada
penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari
sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.